Friday, November 29, 2013

Buku terbaru Fahd Razy: Kumpulan puisi 'Ikan dalam Jiwa'

 
Paperback, 98 pages
Published 2013 by Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
ISBN 9789674303
Malay

(Boleh dapatkan di kedai-kedai buku yang menjual naskhah terbitan ITBM atau hubungi Ahmad Fadhlil melalui facebook / SMS: 017 2734065)
 
Kumpulan puisi 'Ikan Dalam Jiwa' menghimpunkan 51 buah puisi-puisi terpilih Fahd Razy dari tahu 2005-2012. Sebahagian puisi-puisi tersebut pernah memenangi pelbagai Sayembara dan Hadiah Sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Hadiah Sastera Berunsur Islam dan sebagainya.
Aku dan kolam adalah renungan
aku dan air adalah kehidupan
aku dan ikan adalah perjalanan
aku dan arus adalah kerumitan
aku dan dermaga adalah kerumitan
aku dan Kau adalah kepasrahan
dari langit merenyai kejadian
tetap aku- cuma setitis kewujudan
dari Maha Cinta-Mu yang mengufukkan lautan
(Petikan puisi 'Ikan dalam Jiwa II')
Pengucapan Fahd Razy yang sebelumnya peka kepada sejarah dan makna kompetensi yang seru kini melihat diri yang berjuang di alam lain, dan menemukan makna kewujudan dirinya selaku makhluk Ilahi
- Sasterawan Negara Dato Dr Ahmad Kamal Abdullah (KEMALA)-
(petikan dari akhbar Utusan Malaysia)
 


 

Muzaf Ahmad dalam Mingguan Wanita 22-28 November 2013